Sunday, 28 September 2014

Steambot homemade by mommy



Assalamualaikum semua.. Happy weeknd.. Dah lama rasanya tak jenguk2 ke blog momy ni.. Sunyi sepi rasanya.. Actually mommy pun superbusy skrg ni..tp memasak totapp kono masak kann.. Kali ni mommy nak share resepi steambot ala mommy la.. Beberapa kali try tp kali resepi kali ni en hubby kata baru menjadi n lagi sodapp dr johnny's.. Hehe..anak2 pulak excited uolss sambil berstembot mulut asyik dok ulang best la masak2 kt rumah mcm kat johnnys laa..meh monmy belanja 1 gambar..hehe


Okey, meh kita layan resepi plak..

Steambot Homemade ala Johnny's by Mommy Sara

Ayam separuh-4 ketul
Rebus dgn air ikot kemahuan nak banyak mana
Boh stok ayam seketul n stok ikan bilis seketul
Didihkan n renehkan agak2 segala khasiat dlm ayam tu transfer ke dlm kuah sup..tambah garam jika suke tp jgn terlalu masin sbb nanti bila masukkan bahan2 stimbut dia akn more soupy n salty..racik daun ketumbar agak2 3 4 helai dan lastly masukkan sedikit olive oil...

Sos.

Cili merah-10 biji
Cili padi merah-10 biji-cili ni pedas gile
Bawang putih 1 labu
Daun ketumbar
Bijan goreng tanpa minyak 
Sos ikan
Sos sotong
Cuka epal atau cuka makan asal jgn cuka getah
Jus sunquik
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak bijan
Sos tiram

- cara buat: blender cili2 dn bawang putih.. Masak dgn api perlahan, tambah semua bahan di atas yang jenis cecair trsebut dan juga tambah air ikot suke tahap kepekatan tambah sos tiram dlm dua sudu besar..tambah gula, Reneh smpai cili masak..dan likat..garam dan juga racik halua daun ketumbar.. Last sekali dressingkan dgn minyak bijan dan juga tabur bijan.. 

Okey kemudia bila nak stat bersteambot sediakan la soup tu dlm periuk steambot dan juga lauk pauk serta pelbagai meatball, fish cake, fishball, udang, chiken fillet, sayur2, cendawan dan pelbagai tofu kering...


Taraaa selamat mencuba..








Thursday, 14 August 2014

Mis u so much Qaisara...

Rindunyeeerr kat budak tecik ni.. Dh 5 hari ni mommy asyik dok tgk gambo dia jek.. Mak nek ckp Qaisara makin lasak.. Panjat tangga masuk bwh katil lah.. Mcm2 aksi dia dh pandai buat.. Owh miz her so much.. Mnggu depan mom balik jumpa Sara ek...

Tuesday, 12 August 2014

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum.. Walaupun terlambat tp masih dlm bulan raya kan.. Wish to all selamat hari raya maaf zahir batin.. 
Alhamdulillah, tahun ni raya pertama bersama my lil princess..dan beraya d kg mommy..tp raya tahun ni tanpa abah.. Abah pegi umrah.. Kali ke empat abah beraya di tanah suci..
Mcm tahun2 sblumnye raya ku lebih meriah sbb mommy ado sara.. Lbih excited thn ni jgk tahun prtama en somi raya dkg ku..tp farah dgn aiman yg takde..diorng raya kt melaka..
Raya thn ni tema merah..tgk sara cute jek pakai bju kurung walaupun mcm pendek skit lah..hehe.. Raya pertama kitorng khatamkan beraya kt umah pakcik2 n makcik2 kt area kgku dn kg sebelah..raya kedua kitorang dh bertolak balik Puchong sbb esoknye nk blik Perak pulak..


Wednesday, 19 February 2014

Asam Pedas

Assalamualaikum.. Dah lama ku rasa tak x menjengah ke sini:.ku agak busy skrg ni..pagi td bangun mcm biasa pkul 5. Disebabkan x plan nk buat breakfast ape so ku termenung sekejap depan peti sejuk tu cari ilham..huhu.. Menu utk lunch dah set sejak mlm tadi, asam pedas ikan serkut n sayur goreng sajooo.. Tup, dapat idea buat sandwich telor n beef bacon.. Bekal utk mr hubby n farah.. Suke farah dgn bekal dia tu.. Balik skul td dia cakap tak cukup la ibu sandwich tu..huhu.. Len kali ibu bekalkan lebeyyy erk..

Lps siap2 masak breakfast ku terus prepare utk menu lunch..dah lama ku tak masak asam pedas nih.. Makanya main campak2 sajo la apa yg ado di kepala ni.. Huhu..Ikan tu pulak aku baru 1st time nak masak n makan. Seumur hidupli setakat ni x penah lgi makan ikan serkut..  Kami beli kat jeti Telok Bakong, Simpang Lima. Biasanya mmg bila balik kg Pt Sulong kami akn beli stok lauk pauk kt jeti tu.. Harga mmg sgt berbeza dgn pasaran luar. Segar plak tu.. Memang berbaloi la membeli disitu.. Jom kita layan  resepi asam pedas ala mak jarah. Resepi ni dari makku n tok makku.. Nampak simple sajo nak membuatnye tp bila makan mmg so yummmmehhh..cehh puji diri sendiri kan.. Tp mmg betul pun. Ku rasa lagi sedap asam pedas aku ni dr asam pedas melaka kat a famosa yg kami p makan baru2 ni. Hehe



Asam Pedas Ikan Serkut

1 ekor ikan sederhana besar
*Cili kering 20 tangkai
*3 biji bawang merah
*2 biji bawang besar
*1 labu bawang putih
* 2 cm kunyit hidup
Air asam jawa sebesar ibu jari dan dibancuh dengan 1 cawan air
Garam 
Gula
2 sudu besar minyak masak
Daun kesom
Bunga kantan
2 biji tomato

Cara membuatnya;

Mesin semua bahan yang bertanda *, panaskan minyak dan tumis bahan mesin sehingga garing dan naik bau. Masukkan ikan yang telah dibersihkan dan dipotong. Cara potong ikan ikot suke masing-masing lah ye..saya buat potong 1 inci dan kepala di belah dua. Gaul ikan di dalam bahan tumis yang telah garing tadi sebentar. Masukkan garam. Kemudian masukkan air asam jawa. Saya lebihkan asam jawa sebab saya suke masam2. Biar air asam jawa dan ikan sebati. Ianya untuk mengelakkan tekstur ikan tadi pecah. Air asam jawa boleh berfungsi memejalkan ikan. Masukkan daun kesom, bunga kantan yang telah dibelah empat dan tomato juga yang telah dibelah empat. Tambah air dalam anggaran 500ml. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa. Siap untuk dihidangkan...senangkan resepi asam pedasku.. 

Tuesday, 11 February 2014

Pak Choy garlic dengan sos tiram


Assalamualaikum sume.. Pagi2 tadi lps buat breakfast pening2 nak masak ape utk tinggalan makan lunch for kids n mil..ku masak yg paling ringkas, ikan bawal putih goreng rangup, sayur pak coy dan tauhu pedas. Panaskan ayam masak merah semalam.. Masak laju-laju sbb pagi ni aku ade bicara di PJ..fail tak prepare lagi.. Jom kita layan resepi pak coy yg ringkas.. Senang di masak sedap dimakan..ku taip blog ni dlm court sambil tunggu turn kes ku dipanggil. Hehe

Resepi Pak Choy Bawang Putih dengan Sos Tiram

Bahan-bahan;

5 tangkai pak choy
1 labu bawang putih- dicincang halus
5 biji bawang merah- hiris nipis dan goreng garing
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung- dibancuh dgn air
Segengam udang kering
Lada sulah-secukup rasa
Garam- secukup rasa
Lada merah- hiris nipis memanjang 
2 sudu makan Minyak zaitun- untuk menumis

Cara membuatnya;

Belah pak choy menjadi dua, basuh bersih-bersih dan toskan. Didihkan air dlm periuk untuk mencelur pak choy td. Pak choy dicelur sekejap sahaja supaya masih mengekalkan kerangupan dan kesegarannya. Toskan.

Panaskan minyak zaitun dan goreng bawang putih yang tlh dicincang halus hingga keperangan dan naik bau. Kemudian masukkan sos tiram, air bancuhan tepung jagung, garam, lada sulah, udang kering yang telah direndam terlebih dahulu. Kemudian sebatikan rasa. Reneh sebentar dan tuang ke atas pak choy yang telah disusun dalam mangkuk. Hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan cili merah. Siap untuk dihidang...

Resepi Tauhu Lembut  Pedas

Bahan-bahan;

1 keping tauhu lembut- potong nipis
3 ulas bawang putih
3 ulas cili padi- potong dadu
1 tangkai daun bawang
1 sudu cili sos
1 sudu cili flakes
Garam secukup rasa
2 sudu makan olive oil

Cara membuatnya;

Goreng tauhu lembut hingga sedikit berkulit. Toskan.. Tauhu ni lepas goreng akan keluar air. So kne toskan dlu utk tak mengubah rasa masakan kita. Panaskan minyak zaitun, goreng bawang putih hingga naik bau. Masukkan sedikit air, sos cili, cili yang telah dipotong dadu, cili flakes dan daun bawang. Tambah garam, dan sebatikan rasa... Tuang di atas tauhu yang telah disusun di atas pinggan dan hiaskan dengan bawang goreng. Tadaaa siap..

Monday, 10 February 2014

Mushroom Soup

Assalamualaikum... Smlm untuk dinner sya masak mushroom soup dan spaghetti olio.. Request from my hubby, dh lama x buat katenye.. Maka gegeh ku berperang di dapur.. Sebenarnye senang je kot mushroom soup ni.. Cume memerlukan kerajinan sajo.. Aiman paling suke dish ni.. Bertambah2 dia mkn.. Lagi la tghari tu ku x masak..huhu..jom kita layan resepi ala campak2 mushroom soup versi mommy Qaisara..



Bahan-bahan;

1 bungkus cendawan shitake(yang basah), atau
1 tin cendawan butang(sya guna cap ayam brand)- dihiris nipis-nipis
2 biji bawang besar holland-dipotong dadu
5 ulas bawang putih-dipotong dadu
1 sudu  tepung gandum-bancuh dgn stgh gelas air
2 bungkus kiub pati ayam
1 kotak kecil cooking cream/ 1 cawan susu HL/ susu segar
Lada sulah- secukup rasa
Garam- secukup rasa
3 helai daun bay
1 sudu besar olive oil/ butter- untuk menumis
Air-anggaran dalam 500ml

Cara-cara;
 Panaskan periuk dan masukkan olive oil atau butter(cairkan), dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu..goreng sehingga layu dan naik bau kemudian masukkan air, masukkan kiub pati ayam dan masukkan cendawan yang telah dihiris nipis. Tinggalkan sedikit cendawan tadi  utk dicincang halus. Tunggu sampai sup mendidih agak lama...Kte buat ala2 mereneh..kemudian matikan api dan tnggu sebentar hingga sup sejuk sedikit. Blender sup cendawan tdi hingga hancur, klau rasa nak blender agak kasar2 pun boleh. Halus lagi sedap..

Kemudian masak semula sup yg telah diblender tadi, masukkan sebahagian cendawan yang telah dicincang halus(yg ni ikot suka, klau saya suke hiris nipis2 je) sbb bila hirup sup bole sambil kunyah2.. Haha.. Masukkan cooking cream/ susu segar, daun bay, lada sulah, bancuhan tepung gandum, garam dan tunggu hingga mendidih.. Sebatikan rasa..kalau sup agak pekat bole ditambah dgn air atau susu segar lagi.. Tahap kecairan sup  adalah bergantung kpd selera masing- masing.. Tunggu smpai mendidih, rasa pun dah ok.. So tadaaaaa, siap la mushroom soup kasih sayang anda.. Siap dihidangkan utk insan-insan tersayang gitu..selamat mencuba

Sunday, 9 February 2014

Dating time..

Lama x dating berdua ja.. Last friday hubby ajak retreat @ Hard Rock Cafe @ Concorde Hotel.. 1st time i masuk hrc in KL ni.. Ye la kan seblum2 ni abeh dah jelajah HRC seantero europe masa aku n hubby travel last year .. Dari HRC London, Paris, German, Italy, Venice, Rome, ntah mane lagi kami jejak ku tak ingat dh sbb mana town kami p mesti laki aku akn mnjejaki HRC ni.. Mat Rock la katakannn.. 

Actually, concept HRC ni kat mana2 negara pun sama je.. Dekorasi dia pun lebih kurang jugak..cume aku survey harga stuff ie key chain, key gn t shirt kat HRC KL ni lagi mahal skit banding kat oversea.. Pelik aku??nape erk???mcm keychain yg sama bentuk, sama colour yg aku beli kat london lebih kurang RM 30++ dh convert ke RM kat kl dia jual 50 hengget weh...ermmm...

Tujuan utama kami p situ sbbkan lakiku nak velanja steak.. Steak tersedap katenye.. Mula2 tgk menu aku mcm tak kenan mkn steak sbb aku ni bukan penggemar steak.. Tp apesalahnye try kan.. Maka ku order la New York Strip mcm hubby.. Tp portionnye kecik skit dr hubby.. kami amek caesar salad, steak with ais lemon tea.. Skali ku rasa perghh mmg terus jatuh cinta la.. Sedap banding kat Chillis or Friday.. Mmg kne la  gn seleraku..finishing ku try plak Apple Cobbler... Waduhhhh lagi la mablesss.. Mmg ku teringat2 la kelazatannya smpai skrg..panas, sejuk, crispy, sweet n sour.. So yummmehhhh... Mmg aku recommand la sape2 nak try steak sedap g HRCKL.. Selamat menjamu mata utk korang.. Hehehe..



Friday, 3 January 2014

Cinta Yang Tak Sempurna

Sebuah kisah untuk kukongsikan bersama..kutuliskan buat ingatan diriku jua...
..........
Adam mengahwini Hawa yang dicintainya.Sudah sebulan lama usia masjid mereka terbina.Mereka saling sayang-menyayangi,saling bertoleransi,saling mencukupi serba-serbi.Suatu hari sang isteri menyapa suami,”Abang,saya ada baca dalam satu kolum majalah ni.Penulis beri tips untuk mengukuhkan rumah tangga.”Sang suami menutup bahan bacaan yang sedang dibaca,tersenyum dan terus bertanya bagaimana dan apakah tipsnya.

Dengan bersungguh-sungguh sang isteri menjawab “Abang dan saya akan tulis semua perkara,sikap atau apa saja yang kita rasa tak selesa atau tak suka tentang pasangan kita.Abang tulis pasal saya.Saya tulis pasal abang.Kemudian,kita boleh kongsi dan cari solusi untuk menjadikan rumah tangga kita lebih bahagia”Suami bersetuju.Lantas mereka pergi ke bilik yang berasingan untuk menulis seperti apa yang dipersetujui.

Keesokan paginya,sang isteri dengan penuh ceria dan bersemangat terus bertanya pada suami “Abang,saya dah tulis semua!Kita mulakan sekarang ya?”Sang suami mengangguk dan bersetuju setuju.Lantas isteri mula membaca semua 3 helai kertas yang ditulisnya semua berkaitan dgn suami. Ketika isteri sedang asyik membaca,terlihat bergenang air mata suami.Disekanya airmata yg jatuh dari tubir mata dalam senyuman yang tak pernah lekang dibibir. Direnung isterinya yang bersungguh-sungguh berkongsi rasa dan bercerita. Lalu isteri bertanya “Kenapa Bang?” Suami tenang dalam senyuman dan menjawab “Tiada apa-apa.Teruskan”. Isteri meneruskan perkongsiaannya sehingga habis pada garis akhir helain ke-3.Kelihatan dia cukup lega usai membaca semua tulisannya.

“Sekarang giliran abang pula untuk baca apa yg abang dh tulis tu!”kata isteri.

Suami mengeluarkan kertas dari saku bajunya.Dibuka lipatan kertas itu;kosong tanpa sebaris perkataan seraya berkata “Tiada apa  yang abang mahu tulis.Bagi abang,isteri abang dah cukup sempurna di mata abang.Abang tak mahu isteri abang berubah untuk abang,tetapi biarlah untuk Allah.Tiada apa yang abang mahu ubah dari isteri abang.Jujurnya,isteri abang adalah anugerah terindah yang pernah abang miliki”

Berjurai air mata si isteri dan terus dirangkul tubuh suami.Dikucupnya berkali-kali tangannya dan memohon maaf atas semua yang dikongsi.Suami juga turut menangis.Dikucupnya dahi isteri dan dibisikkan pada telinganya “Tiada siapa yang sempurna,sayang.Yang sempurna hanya Dia.Kita cari Dia sama-sama untuk bahagia,ya.”

.............

Dalam kehidupan, terlalu banyak kepincangan, kesedihan, dan kebencian...saat kita sedang dan telah berdepan dgn rasa itu semua maka harus kita tinggalkan pada saat itu juga rasa tersebut kerana hidup yg bersisa harus diteruskan dengan ceria dan bahagia tanpa di bawa bagasi rasa tidak puashati dan dendam lama.

Semua antara kita mencari kesempurnaan utk kepuasan diri kita walau sedar hakikatnya hidup ini adlh satu ketidaksempurnaan yang nyata. Yang sempurna hanya Dia..maka jika kita mahu sesuatu yg sempurna untuk diri kita maka carilah yang Maha Sempurna, Allah Azza  Wajalla...