Sebuah kisah untuk kukongsikan bersama..kutuliskan buat ingatan diriku jua...
..........
Adam mengahwini Hawa yang dicintainya.Sudah sebulan lama usia masjid mereka terbina.Mereka saling sayang-menyayangi,saling bertoleransi,saling mencukupi serba-serbi.Suatu hari sang isteri menyapa suami,”Abang,saya ada baca dalam satu kolum majalah ni.Penulis beri tips untuk mengukuhkan rumah tangga.”Sang suami menutup bahan bacaan yang sedang dibaca,tersenyum dan terus bertanya bagaimana dan apakah tipsnya.
Dengan bersungguh-sungguh sang isteri menjawab “Abang dan saya akan tulis semua perkara,sikap atau apa saja yang kita rasa tak selesa atau tak suka tentang pasangan kita.Abang tulis pasal saya.Saya tulis pasal abang.Kemudian,kita boleh kongsi dan cari solusi untuk menjadikan rumah tangga kita lebih bahagia”Suami bersetuju.Lantas mereka pergi ke bilik yang berasingan untuk menulis seperti apa yang dipersetujui.
Keesokan paginya,sang isteri dengan penuh ceria dan bersemangat terus bertanya pada suami “Abang,saya dah tulis semua!Kita mulakan sekarang ya?”Sang suami mengangguk dan bersetuju setuju.Lantas isteri mula membaca semua 3 helai kertas yang ditulisnya semua berkaitan dgn suami. Ketika isteri sedang asyik membaca,terlihat bergenang air mata suami.Disekanya airmata yg jatuh dari tubir mata dalam senyuman yang tak pernah lekang dibibir. Direnung isterinya yang bersungguh-sungguh berkongsi rasa dan bercerita. Lalu isteri bertanya “Kenapa Bang?” Suami tenang dalam senyuman dan menjawab “Tiada apa-apa.Teruskan”. Isteri meneruskan perkongsiaannya sehingga habis pada garis akhir helain ke-3.Kelihatan dia cukup lega usai membaca semua tulisannya.
“Sekarang giliran abang pula untuk baca apa yg abang dh tulis tu!”kata isteri.
Suami mengeluarkan kertas dari saku bajunya.Dibuka lipatan kertas itu;kosong tanpa sebaris perkataan seraya berkata “Tiada apa yang abang mahu tulis.Bagi abang,isteri abang dah cukup sempurna di mata abang.Abang tak mahu isteri abang berubah untuk abang,tetapi biarlah untuk Allah.Tiada apa yang abang mahu ubah dari isteri abang.Jujurnya,isteri abang adalah anugerah terindah yang pernah abang miliki”
Berjurai air mata si isteri dan terus dirangkul tubuh suami.Dikucupnya berkali-kali tangannya dan memohon maaf atas semua yang dikongsi.Suami juga turut menangis.Dikucupnya dahi isteri dan dibisikkan pada telinganya “Tiada siapa yang sempurna,sayang.Yang sempurna hanya Dia.Kita cari Dia sama-sama untuk bahagia,ya.”
.............
Dalam kehidupan, terlalu banyak kepincangan, kesedihan, dan kebencian...saat kita sedang dan telah berdepan dgn rasa itu semua maka harus kita tinggalkan pada saat itu juga rasa tersebut kerana hidup yg bersisa harus diteruskan dengan ceria dan bahagia tanpa di bawa bagasi rasa tidak puashati dan dendam lama.
Semua antara kita mencari kesempurnaan utk kepuasan diri kita walau sedar hakikatnya hidup ini adlh satu ketidaksempurnaan yang nyata. Yang sempurna hanya Dia..maka jika kita mahu sesuatu yg sempurna untuk diri kita maka carilah yang Maha Sempurna, Allah Azza Wajalla...