Wednesday, 19 February 2014

Asam Pedas

Assalamualaikum.. Dah lama ku rasa tak x menjengah ke sini:.ku agak busy skrg ni..pagi td bangun mcm biasa pkul 5. Disebabkan x plan nk buat breakfast ape so ku termenung sekejap depan peti sejuk tu cari ilham..huhu.. Menu utk lunch dah set sejak mlm tadi, asam pedas ikan serkut n sayur goreng sajooo.. Tup, dapat idea buat sandwich telor n beef bacon.. Bekal utk mr hubby n farah.. Suke farah dgn bekal dia tu.. Balik skul td dia cakap tak cukup la ibu sandwich tu..huhu.. Len kali ibu bekalkan lebeyyy erk..

Lps siap2 masak breakfast ku terus prepare utk menu lunch..dah lama ku tak masak asam pedas nih.. Makanya main campak2 sajo la apa yg ado di kepala ni.. Huhu..Ikan tu pulak aku baru 1st time nak masak n makan. Seumur hidupli setakat ni x penah lgi makan ikan serkut..  Kami beli kat jeti Telok Bakong, Simpang Lima. Biasanya mmg bila balik kg Pt Sulong kami akn beli stok lauk pauk kt jeti tu.. Harga mmg sgt berbeza dgn pasaran luar. Segar plak tu.. Memang berbaloi la membeli disitu.. Jom kita layan  resepi asam pedas ala mak jarah. Resepi ni dari makku n tok makku.. Nampak simple sajo nak membuatnye tp bila makan mmg so yummmmehhh..cehh puji diri sendiri kan.. Tp mmg betul pun. Ku rasa lagi sedap asam pedas aku ni dr asam pedas melaka kat a famosa yg kami p makan baru2 ni. Hehe



Asam Pedas Ikan Serkut

1 ekor ikan sederhana besar
*Cili kering 20 tangkai
*3 biji bawang merah
*2 biji bawang besar
*1 labu bawang putih
* 2 cm kunyit hidup
Air asam jawa sebesar ibu jari dan dibancuh dengan 1 cawan air
Garam 
Gula
2 sudu besar minyak masak
Daun kesom
Bunga kantan
2 biji tomato

Cara membuatnya;

Mesin semua bahan yang bertanda *, panaskan minyak dan tumis bahan mesin sehingga garing dan naik bau. Masukkan ikan yang telah dibersihkan dan dipotong. Cara potong ikan ikot suke masing-masing lah ye..saya buat potong 1 inci dan kepala di belah dua. Gaul ikan di dalam bahan tumis yang telah garing tadi sebentar. Masukkan garam. Kemudian masukkan air asam jawa. Saya lebihkan asam jawa sebab saya suke masam2. Biar air asam jawa dan ikan sebati. Ianya untuk mengelakkan tekstur ikan tadi pecah. Air asam jawa boleh berfungsi memejalkan ikan. Masukkan daun kesom, bunga kantan yang telah dibelah empat dan tomato juga yang telah dibelah empat. Tambah air dalam anggaran 500ml. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa. Siap untuk dihidangkan...senangkan resepi asam pedasku.. 

Tuesday, 11 February 2014

Pak Choy garlic dengan sos tiram


Assalamualaikum sume.. Pagi2 tadi lps buat breakfast pening2 nak masak ape utk tinggalan makan lunch for kids n mil..ku masak yg paling ringkas, ikan bawal putih goreng rangup, sayur pak coy dan tauhu pedas. Panaskan ayam masak merah semalam.. Masak laju-laju sbb pagi ni aku ade bicara di PJ..fail tak prepare lagi.. Jom kita layan resepi pak coy yg ringkas.. Senang di masak sedap dimakan..ku taip blog ni dlm court sambil tunggu turn kes ku dipanggil. Hehe

Resepi Pak Choy Bawang Putih dengan Sos Tiram

Bahan-bahan;

5 tangkai pak choy
1 labu bawang putih- dicincang halus
5 biji bawang merah- hiris nipis dan goreng garing
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung- dibancuh dgn air
Segengam udang kering
Lada sulah-secukup rasa
Garam- secukup rasa
Lada merah- hiris nipis memanjang 
2 sudu makan Minyak zaitun- untuk menumis

Cara membuatnya;

Belah pak choy menjadi dua, basuh bersih-bersih dan toskan. Didihkan air dlm periuk untuk mencelur pak choy td. Pak choy dicelur sekejap sahaja supaya masih mengekalkan kerangupan dan kesegarannya. Toskan.

Panaskan minyak zaitun dan goreng bawang putih yang tlh dicincang halus hingga keperangan dan naik bau. Kemudian masukkan sos tiram, air bancuhan tepung jagung, garam, lada sulah, udang kering yang telah direndam terlebih dahulu. Kemudian sebatikan rasa. Reneh sebentar dan tuang ke atas pak choy yang telah disusun dalam mangkuk. Hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan cili merah. Siap untuk dihidang...

Resepi Tauhu Lembut  Pedas

Bahan-bahan;

1 keping tauhu lembut- potong nipis
3 ulas bawang putih
3 ulas cili padi- potong dadu
1 tangkai daun bawang
1 sudu cili sos
1 sudu cili flakes
Garam secukup rasa
2 sudu makan olive oil

Cara membuatnya;

Goreng tauhu lembut hingga sedikit berkulit. Toskan.. Tauhu ni lepas goreng akan keluar air. So kne toskan dlu utk tak mengubah rasa masakan kita. Panaskan minyak zaitun, goreng bawang putih hingga naik bau. Masukkan sedikit air, sos cili, cili yang telah dipotong dadu, cili flakes dan daun bawang. Tambah garam, dan sebatikan rasa... Tuang di atas tauhu yang telah disusun di atas pinggan dan hiaskan dengan bawang goreng. Tadaaa siap..

Monday, 10 February 2014

Mushroom Soup

Assalamualaikum... Smlm untuk dinner sya masak mushroom soup dan spaghetti olio.. Request from my hubby, dh lama x buat katenye.. Maka gegeh ku berperang di dapur.. Sebenarnye senang je kot mushroom soup ni.. Cume memerlukan kerajinan sajo.. Aiman paling suke dish ni.. Bertambah2 dia mkn.. Lagi la tghari tu ku x masak..huhu..jom kita layan resepi ala campak2 mushroom soup versi mommy Qaisara..



Bahan-bahan;

1 bungkus cendawan shitake(yang basah), atau
1 tin cendawan butang(sya guna cap ayam brand)- dihiris nipis-nipis
2 biji bawang besar holland-dipotong dadu
5 ulas bawang putih-dipotong dadu
1 sudu  tepung gandum-bancuh dgn stgh gelas air
2 bungkus kiub pati ayam
1 kotak kecil cooking cream/ 1 cawan susu HL/ susu segar
Lada sulah- secukup rasa
Garam- secukup rasa
3 helai daun bay
1 sudu besar olive oil/ butter- untuk menumis
Air-anggaran dalam 500ml

Cara-cara;
 Panaskan periuk dan masukkan olive oil atau butter(cairkan), dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu..goreng sehingga layu dan naik bau kemudian masukkan air, masukkan kiub pati ayam dan masukkan cendawan yang telah dihiris nipis. Tinggalkan sedikit cendawan tadi  utk dicincang halus. Tunggu sampai sup mendidih agak lama...Kte buat ala2 mereneh..kemudian matikan api dan tnggu sebentar hingga sup sejuk sedikit. Blender sup cendawan tdi hingga hancur, klau rasa nak blender agak kasar2 pun boleh. Halus lagi sedap..

Kemudian masak semula sup yg telah diblender tadi, masukkan sebahagian cendawan yang telah dicincang halus(yg ni ikot suka, klau saya suke hiris nipis2 je) sbb bila hirup sup bole sambil kunyah2.. Haha.. Masukkan cooking cream/ susu segar, daun bay, lada sulah, bancuhan tepung gandum, garam dan tunggu hingga mendidih.. Sebatikan rasa..kalau sup agak pekat bole ditambah dgn air atau susu segar lagi.. Tahap kecairan sup  adalah bergantung kpd selera masing- masing.. Tunggu smpai mendidih, rasa pun dah ok.. So tadaaaaa, siap la mushroom soup kasih sayang anda.. Siap dihidangkan utk insan-insan tersayang gitu..selamat mencuba

Sunday, 9 February 2014

Dating time..

Lama x dating berdua ja.. Last friday hubby ajak retreat @ Hard Rock Cafe @ Concorde Hotel.. 1st time i masuk hrc in KL ni.. Ye la kan seblum2 ni abeh dah jelajah HRC seantero europe masa aku n hubby travel last year .. Dari HRC London, Paris, German, Italy, Venice, Rome, ntah mane lagi kami jejak ku tak ingat dh sbb mana town kami p mesti laki aku akn mnjejaki HRC ni.. Mat Rock la katakannn.. 

Actually, concept HRC ni kat mana2 negara pun sama je.. Dekorasi dia pun lebih kurang jugak..cume aku survey harga stuff ie key chain, key gn t shirt kat HRC KL ni lagi mahal skit banding kat oversea.. Pelik aku??nape erk???mcm keychain yg sama bentuk, sama colour yg aku beli kat london lebih kurang RM 30++ dh convert ke RM kat kl dia jual 50 hengget weh...ermmm...

Tujuan utama kami p situ sbbkan lakiku nak velanja steak.. Steak tersedap katenye.. Mula2 tgk menu aku mcm tak kenan mkn steak sbb aku ni bukan penggemar steak.. Tp apesalahnye try kan.. Maka ku order la New York Strip mcm hubby.. Tp portionnye kecik skit dr hubby.. kami amek caesar salad, steak with ais lemon tea.. Skali ku rasa perghh mmg terus jatuh cinta la.. Sedap banding kat Chillis or Friday.. Mmg kne la  gn seleraku..finishing ku try plak Apple Cobbler... Waduhhhh lagi la mablesss.. Mmg ku teringat2 la kelazatannya smpai skrg..panas, sejuk, crispy, sweet n sour.. So yummmehhhh... Mmg aku recommand la sape2 nak try steak sedap g HRCKL.. Selamat menjamu mata utk korang.. Hehehe..