Wednesday, 19 February 2014

Asam Pedas

Assalamualaikum.. Dah lama ku rasa tak x menjengah ke sini:.ku agak busy skrg ni..pagi td bangun mcm biasa pkul 5. Disebabkan x plan nk buat breakfast ape so ku termenung sekejap depan peti sejuk tu cari ilham..huhu.. Menu utk lunch dah set sejak mlm tadi, asam pedas ikan serkut n sayur goreng sajooo.. Tup, dapat idea buat sandwich telor n beef bacon.. Bekal utk mr hubby n farah.. Suke farah dgn bekal dia tu.. Balik skul td dia cakap tak cukup la ibu sandwich tu..huhu.. Len kali ibu bekalkan lebeyyy erk..

Lps siap2 masak breakfast ku terus prepare utk menu lunch..dah lama ku tak masak asam pedas nih.. Makanya main campak2 sajo la apa yg ado di kepala ni.. Huhu..Ikan tu pulak aku baru 1st time nak masak n makan. Seumur hidupli setakat ni x penah lgi makan ikan serkut..  Kami beli kat jeti Telok Bakong, Simpang Lima. Biasanya mmg bila balik kg Pt Sulong kami akn beli stok lauk pauk kt jeti tu.. Harga mmg sgt berbeza dgn pasaran luar. Segar plak tu.. Memang berbaloi la membeli disitu.. Jom kita layan  resepi asam pedas ala mak jarah. Resepi ni dari makku n tok makku.. Nampak simple sajo nak membuatnye tp bila makan mmg so yummmmehhh..cehh puji diri sendiri kan.. Tp mmg betul pun. Ku rasa lagi sedap asam pedas aku ni dr asam pedas melaka kat a famosa yg kami p makan baru2 ni. Hehe



Asam Pedas Ikan Serkut

1 ekor ikan sederhana besar
*Cili kering 20 tangkai
*3 biji bawang merah
*2 biji bawang besar
*1 labu bawang putih
* 2 cm kunyit hidup
Air asam jawa sebesar ibu jari dan dibancuh dengan 1 cawan air
Garam 
Gula
2 sudu besar minyak masak
Daun kesom
Bunga kantan
2 biji tomato

Cara membuatnya;

Mesin semua bahan yang bertanda *, panaskan minyak dan tumis bahan mesin sehingga garing dan naik bau. Masukkan ikan yang telah dibersihkan dan dipotong. Cara potong ikan ikot suke masing-masing lah ye..saya buat potong 1 inci dan kepala di belah dua. Gaul ikan di dalam bahan tumis yang telah garing tadi sebentar. Masukkan garam. Kemudian masukkan air asam jawa. Saya lebihkan asam jawa sebab saya suke masam2. Biar air asam jawa dan ikan sebati. Ianya untuk mengelakkan tekstur ikan tadi pecah. Air asam jawa boleh berfungsi memejalkan ikan. Masukkan daun kesom, bunga kantan yang telah dibelah empat dan tomato juga yang telah dibelah empat. Tambah air dalam anggaran 500ml. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa. Siap untuk dihidangkan...senangkan resepi asam pedasku.. 

No comments:

Post a Comment