Tuesday, 11 February 2014

Pak Choy garlic dengan sos tiram


Assalamualaikum sume.. Pagi2 tadi lps buat breakfast pening2 nak masak ape utk tinggalan makan lunch for kids n mil..ku masak yg paling ringkas, ikan bawal putih goreng rangup, sayur pak coy dan tauhu pedas. Panaskan ayam masak merah semalam.. Masak laju-laju sbb pagi ni aku ade bicara di PJ..fail tak prepare lagi.. Jom kita layan resepi pak coy yg ringkas.. Senang di masak sedap dimakan..ku taip blog ni dlm court sambil tunggu turn kes ku dipanggil. Hehe

Resepi Pak Choy Bawang Putih dengan Sos Tiram

Bahan-bahan;

5 tangkai pak choy
1 labu bawang putih- dicincang halus
5 biji bawang merah- hiris nipis dan goreng garing
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung- dibancuh dgn air
Segengam udang kering
Lada sulah-secukup rasa
Garam- secukup rasa
Lada merah- hiris nipis memanjang 
2 sudu makan Minyak zaitun- untuk menumis

Cara membuatnya;

Belah pak choy menjadi dua, basuh bersih-bersih dan toskan. Didihkan air dlm periuk untuk mencelur pak choy td. Pak choy dicelur sekejap sahaja supaya masih mengekalkan kerangupan dan kesegarannya. Toskan.

Panaskan minyak zaitun dan goreng bawang putih yang tlh dicincang halus hingga keperangan dan naik bau. Kemudian masukkan sos tiram, air bancuhan tepung jagung, garam, lada sulah, udang kering yang telah direndam terlebih dahulu. Kemudian sebatikan rasa. Reneh sebentar dan tuang ke atas pak choy yang telah disusun dalam mangkuk. Hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan cili merah. Siap untuk dihidang...

Resepi Tauhu Lembut  Pedas

Bahan-bahan;

1 keping tauhu lembut- potong nipis
3 ulas bawang putih
3 ulas cili padi- potong dadu
1 tangkai daun bawang
1 sudu cili sos
1 sudu cili flakes
Garam secukup rasa
2 sudu makan olive oil

Cara membuatnya;

Goreng tauhu lembut hingga sedikit berkulit. Toskan.. Tauhu ni lepas goreng akan keluar air. So kne toskan dlu utk tak mengubah rasa masakan kita. Panaskan minyak zaitun, goreng bawang putih hingga naik bau. Masukkan sedikit air, sos cili, cili yang telah dipotong dadu, cili flakes dan daun bawang. Tambah garam, dan sebatikan rasa... Tuang di atas tauhu yang telah disusun di atas pinggan dan hiaskan dengan bawang goreng. Tadaaa siap..

No comments:

Post a Comment